Thursday, 5 October 2017

TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG FAMOUS

DESTINASI MENARIK 


Johor Darul Takzim (JDT) boleh dikatakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan baik taman tema, tempat shopping yang menarik, pantai, pulau, air terjun, dan paling menarik sekali adalah tempat makan. Seperti yang kita tahu, Johor merupakan salah satu syurga makanan, pelbagai aneka, citarasa dan sebagainya. rugilah kalau tidak memilih negeri Johor sebagai pusat pelancongan anda.

Pusat Bandar yang semakin berkembang pesat seiring dengan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor atau Iskandar Malaysia ini ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur. Disini saya akan berkongsikan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Semoga informasi di bawah bermanfaat untuk panduan anda apabila bercuti ke tempat menarik di Johor Darul Takzim nanti.

MACAM-MACAM ADA!!!


PUTERI HARBOUR


Tanjung Puteri atau Puteri Harbour adalah salah satu tarikan terbaru di Johor yang boleh anda lawati bersama seisi keluarga. Dengan keindahan pantai yang bersih dan luas, kawasan pelabuhan ini tentunya akan memberi ketenangan kepada warga kota yang ingin bersantai bersama keluarga.


Related image




Ada bermacam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Bila dah puas berjalan dan mengambil gambar, ada banyak pilihan restoran dan tempat makan yangbest di sekitarnya. Tempat letak kereta pun banyak, tak perlu pening kepala lagi. Pemandangannya semasa matahari terbenam memang cantik!



Image result for puteri harbour

No comments:

Post a Comment

STORYBORD

Bila Si Katak Tersalah Lompat