Wednesday 13 December 2017

PERCUTIAN BERSAMA

Road Trip To IPOH, Perak

Pada 2 Disember 2017, lawatan ke ipoh telah menjadi pilihan kami satu kelas bercuti sambil belajar. banyak pengalaman pahit manis sepanjang lawatan dijalankan. Yang seronoknya, kami diberikan kebebasan untuk bergerak kemana saja mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Berikut merupakan destinasi yang menjadi pilihan kami sepanjang lawatan:

1. Gunung Lang

Destinasi pertama sekali kami sampai adalah Gunung Lang. Ketibaan disini pada awal pagi. ianya merupakan sebuah taman, mempunyai tasik, seberang tasik ada taman, kalau nak ke seberang kena naik bot. Harga untuk naik bot beharga RM6. Ada juga peliharaan ikan. kami berkesempatan bagi ikan makan. ikan yang terdapat pada tasik tersebut antaranya ialah keli, patin dan kura-kura.


















2. Taman Jepun


Destinasi seterusnya adalah Taman Jepun.  Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an.


Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’. Pohon-pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang laluan pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat dan hitam yang diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain itu, taman ini turut dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi ciri-ciri Jepun. Rumpun-rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut. Disamping itu, terdapat juga pulau kecil di tasik utamanya yang dihubungkan dengan jambatan kayu bersama dengan sudut tempat rehat. Secara keseluruhannya, suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.

Namun, semasa kami melawati ke Taman jepun ini. kami dapati bahawa taman ini sepertinya tidak dijaga seperti ketika dahulunyayang penuh dengan pelbagai hiasan dan mengunjung.















3. Kek Look Tong

Destinasi terakhir ialah Kek Look Tong. Ianya merupakan sebuah gua yang penuh dengan batu unit dan menarik. Masuk ke sini tidak perlu bayar tetapi pastikan tidak menyentuh sebarang hak miliknya.  Berikut adalah antara gambar yang sempat kami tangkap.















No comments:

Post a Comment

STORYBORD

Bila Si Katak Tersalah Lompat