Tuesday 3 October 2017

POSTER

APA ITU POSTER???


  • Poster merupakan satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
  • Ia merupakan sejenis reka bentuk grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, gambar atau foto, reka letak dan gubahan warna untuk menyampaikan mesej atau maklumat secara mudah dan spontan.
  • Poster biasanya ditempatkan khas untuk dilihat oleh orang ramai yang sedang bergerak. Poster yang berkesan perlu menarik perhatian pembaca. Justeru, nilai keterbacaan amat dipentingkan.
  • Poster yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke-15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.
  • Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakkan litografi. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1979), Jules Cheret (1836-1932), Henri de Toulouse-Lautrec (1864-1901), Pierre Bonnard(1867-1974), dan lain-lain.
  • Fungsi poster pada masa itu kebanyakkan digunakan untuk praganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi pengiklanan
  • Di Malaysia, poster mula digunakan dengan meluas sebagai alat propaganda semasa pemerintahan Jepun (1941-1945) dan pada zaman darurat untuk menentang komunis.
  • Selepas kemerdekaan, poster berkembang dengan pesatnya. Fungsinya juga beransur mengalih dari propaganda ke penerangan atau maklumat berhubung kait dengan pengiklanan komersial.

Contoh-contoh poster awal:


Poster oleh pierre bonnard untuk La Revue Blanche(1894)

Poster oleh Henri de Toulouse-Lautrec untuk Jardin de Paris: Jane Avril (1893)
(Litograf dalam 4 jenis warna)





CIRI-CIRI POSTER YANG BERMUTU


  • Daya penarik yang dinamik
  • Warna poster berkesan
  • Muka taip poster keterbacaan 
  • Ilustrasi sesuai dengan tema
  • Cogan kata dapat mempengaruhi pembaca
  • Mesej jelas dan mengandungi niai-nilai moral
  • Gubahan asli dan unik



FUNGSI-FUNGSI POSTER


i)  Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi)

  • Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Sebagai contoh poster digunakan untuk mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga digunakan dalam akademik untuk menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan sebagai pengenalan awal.

ii) Poster untuk tujuan komersial

  • Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan jugamempromosikan acara-acara yang dianjurkan seperti acara sukan atau acara rakyat.

iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik)

  • Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau pun propaganda. Selain itu ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.


JENIS-JENIS POSTER


1. Dekoratif
2. Kreatif, abstrak, dan artistik
3. Perkhidmatan awam,
4. hiburan
5. Pameran, pertandingan, dan eksport
7. sukan
8. Iklan dan promosi
9. Media dan teknik percetakan


TEKNIK PENGHASILAN POSTER


Lukisan


Pen, pensel, pensel warna, dan sebagainya
Alat tulis, alat lukis, dakwat

Catan


Cat air, cat poster, cat gouce, dan sebagainya
Pewarna, alat lukis, berus dan lain-lain

Campuran


Pelbagai jenis alat dan bahan mengikut teknik yang dipilih

Kolaj


Keratan kertas berwarna-warni, akhbar, majalah, tekstil bercorak dan berjalinan, dan sebagainya
Alat lukis, alat tulis, gam, gunting, pisau berus, pewarna, dan lain-lain

Komputer


Pelbagai jenis alat dan bahan mengikut teknik yang dipilih



ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM POSTER






PROSES REKA BENTUK POSTER


  1. Penentuan tema dan tajuk
  2. Mengumpul maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian
  3. Meneliti tujuan dan mesej yang hendak disampaikan
  4. Menentukan tajuk, cogan kata, teks, serta jenis muka taip yang sesuai
  5. Membuat beberapa lakaran kasar dan ilustrasi
  6. Menentukan teknik
  7. Merancangkan skim warna
  8. Pilih lakaran yang baik dan memperkembangkan pilihan media dan teknik yang ditentukan
  9. Kekemasan

Contoh kepelbagaian poster :

       

       



    Image result for JENIS-JENIS POSTER   Image result for poster design pelancongan 


    Image result for poster design pelancongan





PENGHASILAN TUGASAN POSTER- WELCOME TO JOHOR







1 comment:

STORYBORD

Bila Si Katak Tersalah Lompat